Al-Fatihah...

SUNGAI PETANI: Dua pelajar lelaki masing-masing berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang ketika memancing di pinggir laut di Pantai Merdeka, dekat sini, tengah hari tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa, Mohd Azami Ahmad Husaini dan Mohd Hazwan Shaudin, mengharungi air laut yang surut, sebelum dihanyutkan ombak. Sehingga kini usaha mencari kedua-dua mangsa sedang dijalankan dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). sumber:http://iskandarx.com/dua-pelajar-dikhuatiri-lemas-ketika-memancing-di-pantai-merdeka/ Mohd Azami Ahmad Husaini adalah pelajar sekolah kita dr tingkatan 4PSV2.Takziah kepada keluarga mangsa dan marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada kedua anak pelajar e. Semoga kedua mereka dapat dijumpai dengan cepat.